Facebook, WhatsApp, Instagram Hang? Bisnes Pun Tak Jalan? Semalam, hari yang kurang menguntungkan kerana Facebook, Instagram dan mungkin WhatsApp juga telah tergendala operasi. . Yes! Sebuah syarikat gergasi juga mengalami perkara yang sama! . Jadi, di sinilah titik tolak untuk kita sebagai usahawan untuk berfikir sejenak sekiranya pergantungan kita kepada satu platform sahaja. Mungkin pemasaran kita suatu hari nanti juga akan tercekik. Hahahaha. . Nah, ini adalah kata mereka dari platfrom yang berlainan. dan apabila selesai mereka menangani masalah tersebut, kita berasa lega. Bukan itu sahaja, sebelum ini juga ada syarikat yang tutup dek kerana berubahnya polisi Facebook. Anda boleh semak di sini: Penutupan Little Things Jadi di sini GT akan kongsikan 3 platform yang GT gunakan untuk pemasaran GT selain dari Facebook dan Instagram yang mungkin anda boleh pertimbangan sekiranya berlaku perkara sebegini lagi. Baiklah, kita mulakan. Begini, Facebook dan Insta...