Skip to main content

3 Jenis Perniagaan Yang Ada Di Pasaran


Anda baru nak berniaga?
Tak tahu nak bisnes apa?
atau
dah lama berniaga, tapi ingin ceburi bidang baru?

Jom kita baca dulu dan selidik 3 jenis bisnes yang ada di dunia ini:

1. Bisnes Pengeluaran

Bisnes pengeluaran bisnes jenis ini biasanya memerlukan modal yang tinggi.
Untuk  membeli peralatan mesin mesin, premis, bahan mentah dan sebagainya.

.
Pengurusan bisnes agak kompleks, banyak kemahiran yang diperlukan untuk berjaya.
.
Namun dapat diatasi dengan beberapa langkah:
1. Mula secara kecil-kecilan. Pasarkan dahulu kepada jiran-jiran dan rakan-rakan serta rakan pejabat.
2. Menumpang pada kilang yang besar. Menyewa mesin dari pengilang besar.
Sijil ada dibekalkan bersama.

.
.
2. Perniagaan perkhidmatan.
Sekiranya anda menjalankan perniagaan ini, anda boleh nikmati margin keuntungan yang tinggi.
.
Kiranya anda menjual produk, ianya memiliki harga siling. Sekiranya kek RM20 dijual pada harga RM100, pasti anda akan dimarahi prospek.
.
Perniagaan perkhidmatan boleh dijalankan dengan modal yang sangat minimum. Modal terbesar adalah masa dan kemahiran. Perniagaan perkhidmatan juga boleh dilakukan dari rumah.
.
.
3. Perniagaan pemasaran @ trading.


'asal Barang jadi duit'.

Ini adalah falsafah mereka yang berada di dalam bidang trading. Digelar sebagai usahawan pemasaran.

.
Boleh berniaga walaupun tidak mempunyai produk. Sekiranya Baru mula belajar perniagaan ini amatlah sesuai. 
.
Amat popular di zaman ini kerana ada beberapa syarikat yang menawarkan jenis Trading tanpa memerlukan usahawan untuk memegang produk. Sekadar pemasaran sahaja dulu untuk memulakan perniagaan.
.
Berikut adalah 5 kelebihan perniagaan jenis trading:
1. Tidak memerlukan modal yang besar.
2. Boleh memilih produk yang terbukti berjaya dalam pasaran.
3. Boleh dilakukan secara sambilan.
4. Pengalaman berniaga produk yang murah dapat membantu jualan produk yang mahal.
5. Boleh memasarkan pelbagai produk dari berbagai pengeluar.
.
.
Nah itulah dia tiga jenis perniagaan, yang ada di dunia ini. Industri 4.0  banyak melahirkan perniagaan yang pelik-pelik. Sekiranya ada idea-idea baru tentang jenis-jenis bisnes boleh komen Di ruangan di bawah.
.
Perkara ini membantu?
Tolong share kepada profil anda, untuk ramai lagi yang mendapat manfaatnya.
.
Selamat beramal! 
Assalamualaikum.
.
.
Ikhlas,
GT Guru Teddy,
Ultimate Success Companion.
www.successwithgt.com

Comments

Popular posts from this blog

eUsahawan: Pemangkin Pendapatan Digital

Apa itu Program eUsahawan? Program eUsahawan yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC, telah dilancarkan pada 23 November 2015 tahun lalu. Program eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk mema...

Program eUsahawan

Cara - Cara Mengeluarkan Wang iLestari di KWSP

Semasa blog ini ditulis, kami menghadapi COVID19 di Malaysia namun sekiranya anda hadir selepas #covid19, harap ianya dapat membantu. Memang GT hanya fokus untuk Digital Marketing atau Online Marketing , tapi GT tahu ramai dari alumni GT juga dari golongan pekerja yang sambilan berniaga.  Ada juga usahawan yang sudah mencarum di KWSP. Oleh itu, ini juga cara GT membantu. Kerajaan telah memperuntukan RM500juta untuk pengeluaran KWSP iLestari sebanyak RM500 di KWSP, setiap bulan sehingga Mac 2021, mengikut kepada simpanan di KWSP. Sebelum GT terangkan cara memohon, jom kita dengar kembali apa kata PM tentang perkara ini. Tidak mengapa, anda juga boleh sentiasa layari laman GT ini dan YouTube GT untuk semak kembali maklumat ini. Jom kita lihat syaratnya dahulu. Jadinya, 1. adakah anda layak? 2. adakah anda memiliki simpanan di KWSP? Sekiranya ya.. Tunggu apa lagi? Jom kita lihat cara-caranya!