Adakah anda telah mengesan 3 sensor utama ini pada pelanggan? GT amat pasti, sekiranya anda dah kenal, memang mudah untuk gandakan jualan! . Pelanggan suka membuat belian ke atas perkara yang mereka suka dan menyenangkan. Atas faktor tersebut, adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai penjual untuk mewujudkan mood yang baik kepada pelanggan. . Maklumat diproses melalui 3 sensor utama yang dipanggil modaliti ialtu: 1. Lihat (Visual) 2. Dengar (Auditory) 3. Perasaan (Kinesthetic) Ok bayangkan anda adalah seorang salesman nak jual kereta kepada bakal pembeli 1. Pelanggan 'Lihat (Visual)' Datang…. *** Anda perlu menekankan aspek kebersihan , garis-garis warna yang menarik, pemandangan yang indah melalui tingkap yang digelapkan dan bumbung matahari (sun roof). Sebagai tambahan, minta pelanggan menggambarkan diri berada di belakang stereng kereta tersebut. 2. Pelanggan 'Dengar (Auditory)' Datang…. *** Fokus kepada bunyi! Dentuman pintu yang kukuh, bunyi sistem st...