Skip to main content

Teknik Kesan Sensor Pelanggan, Tingkatkan Jualan!




Adakah anda telah mengesan 3 sensor utama ini pada pelanggan?
GT amat pasti, sekiranya anda dah kenal, memang mudah untuk gandakan jualan!
.
Pelanggan suka membuat belian ke atas perkara yang mereka suka dan menyenangkan.
Atas faktor tersebut, adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai penjual untuk mewujudkan mood yang baik kepada pelanggan.
.
Maklumat diproses melalui 3 sensor utama yang dipanggil modaliti ialtu:
1. Lihat (Visual)
2. Dengar (Auditory)
3. Perasaan (Kinesthetic)

Ok bayangkan anda adalah seorang salesman nak jual kereta kepada bakal pembeli


1. Pelanggan 'Lihat (Visual)' Datang….
***

Anda perlu menekankan aspek kebersihan , garis-garis warna yang menarik, pemandangan yang indah melalui tingkap yang digelapkan dan bumbung matahari (sun roof). Sebagai tambahan, minta pelanggan menggambarkan diri berada di belakang stereng kereta tersebut.


2. Pelanggan 'Dengar (Auditory)' Datang….
***

Fokus kepada bunyi! Dentuman pintu yang kukuh, bunyi sistem stereo yang bergema, dan bunyi senyap semasa memandu adalah keutamaan mereka.



3. Pelanggan 'Perasaan (Kinesthetic)' Datang…
***

Pastikan mereka tertarik kepada rasa sentuhan tempat duduk kulit, pemanduan yang lancar seperti terbang di udara, rasa angin meniup rambut dan kepanasan cahaya matahari melalui bumbung matahari semasa memandu uji di lebuhraya.
Baik, ini adalah untuk menjual kereta.
Bagaimana kalau aplikasi perkara ini didalam perniagaan anda?
Hmm..

--

Macam mana, menarik? Memang menarik!
Kalau dah kenal memang mudah kita nak tawan. Tapi persoalannya kini...


Bagaimana kita nak kenal pelanggan tu Visual, Auditory atau Kinesthetic?

Tips dah rahsia mengenali pelanggan akan dikongsikan dalam post yang akan datang.
Hahaha!
atau semasa anda membaca ini. GT sudah pun posting.
Cari jangan tak cari!!


Selamat Beramal!!


Ikhlas,
GT - Guru Teddy
'Ultimate Success Companion''
www.successwithgt.com

Comments

Popular posts from this blog

eUsahawan: Pemangkin Pendapatan Digital

Apa itu Program eUsahawan? Program eUsahawan yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC, telah dilancarkan pada 23 November 2015 tahun lalu. Program eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk mema...

Paradigm Shift of Conventional Consumer Mindset To The Digitally Aware & Informed Consumer Mindset.

eUsahawan Digitalkan Perniagaan Anda!