Skip to main content

Berjaya Di Ramadhan: Kenalpasti Audien Anda (Bahagian 1)


Untuk berjaya setiap kempen Digital Marketing, terdapat 3 perkara yang perlu anda ambil kira:

1. Kenalipasti Audien Anda

2. Curi Perhatian Mereka

3, Gerakkerja Pemasaran Efektif

Kali ini GT akan berkongsi dengan anda perkara yang pertama sekali iaitu Kenalipasti Audien Anda dan sekarang anda dalam slot:

Kisah Bagaimana Kempen Pemasaran Kiah Berjaya Di Ramadhan 2020


Kiah.

Kiah bijak. Setiap kali kiah buat kerja, dibuat dengan tertib.
Kiah tahu bahawa dari Survey Raya 11Street 2017, Bahagian Statistik Malaysia terdapat:

1. Sejumlah 20juta rakyat Malaysia adalah Islam
2. RM18bilion jumlah jualan pada Ramadhan & Aidilfitri setiap tahun.
3. RM900 purata perbelanjaan individu pada Ramadhan & Raya.

Tak mustahul rakyat Malaysia akan berbelanja juga walaupun COVID19 (setakat buku ini ditulis).
Kiah juga pernah beritahu rakan-rakannya kenapa setiap kali melakukan pemasaran perlu kepada sasaran pasaran yang tepat?

Kiah tak membongak.
Sebab Kiah baca di cmo.com pada Februari 2015 bahawa:

74% audien akan bengang kalau iklan yang dipaparkan tidak kena mengena dengan minat mereka.


Tambah Kiah pula, di Google/IPSOS, Video Mobile Diary, US, 2017:

Audien yang tepat akan memberikan perhatian 3X ganda kepada iklan yang mereka minat 


Hebat Kiah sebab tahu fakta ini, Itulah hikmah membaca.
GT suka kalau semua jadi macam Kiah, buat kerja pemasaran bertertib dan ada fakta. Berkongsi tapi tak merendahkan orang lain.

Bila GT jumpa Kiah, Kiah ada terangkan 5 jenis manusia yang ada dalam bulan Ramadhan. Setakat buku ini ditulis, GT rasa semasa COVID19 atau selepas, 5 jenis manusia ini tetap wujud. Cuma kurang lebih sahaja jumpahnya.

Nak tahu ke apa yang Kiah bagitahu GT?
Jumpa di post akan datang!
Jangan lupa share post ini!
#guruteddy



Comments

Popular posts from this blog

eUsahawan: Pemangkin Pendapatan Digital

Apa itu Program eUsahawan? Program eUsahawan yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC, telah dilancarkan pada 23 November 2015 tahun lalu. Program eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk mema...

Paradigm Shift of Conventional Consumer Mindset To The Digitally Aware & Informed Consumer Mindset.

eUsahawan Digitalkan Perniagaan Anda!