Skip to main content

3 Platform Selamatkan Pemasaran Anda





Facebook, WhatsApp, Instagram Hang? Bisnes Pun Tak Jalan?

Semalam, hari yang kurang menguntungkan kerana Facebook, Instagram dan mungkin WhatsApp juga telah tergendala operasi.
.
Yes!
Sebuah syarikat gergasi juga mengalami perkara yang sama!
.
Jadi, di sinilah titik tolak untuk kita sebagai usahawan untuk berfikir sejenak sekiranya pergantungan kita kepada satu platform sahaja. Mungkin pemasaran kita suatu hari nanti juga akan tercekik.
Hahahaha.
.
Nah, ini adalah kata mereka dari platfrom yang berlainan.






dan apabila selesai mereka menangani masalah tersebut, kita berasa lega.




Bukan itu sahaja, sebelum ini juga ada syarikat yang tutup dek kerana berubahnya polisi Facebook. Anda boleh semak di sini:
Penutupan Little Things

Jadi di sini GT akan kongsikan 3 platform yang GT gunakan untuk pemasaran GT selain dari Facebook dan Instagram yang mungkin anda boleh pertimbangan sekiranya berlaku perkara sebegini lagi.

Baiklah, kita mulakan.
Begini, Facebook dan Instagram merupakan  dalam satu payung syarikat gergasi yang sama. Boleh semak di sini:
Gabungan Empayar Facebook

Oleh itu, anda perlu gunakan platfrom yang berlainan dari gabungan ini seperti:


1. Website
Yes, laman sesawang persendirian.
Bayangkan anda ada kedai di hypermarket dan ada bangunan persendirian diluar hypermarket tersebut.

Sekiranya hypermarket itu ditutup, kedai anda juga akan mati. Betul?
Sekiranya anda ada bangunan persendirian, segalanya dikawal oleh anda.

Begitulah perbezaan di antara Facebook dan laman sesawang persendirian.
Jika Facebook tutup, kedai anda juga akan tutup dan amat beruntung jika anda ada website sendiri.
''Terdapat banyak juga, laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan membina laman sesawang.''

Sekiranya perlukan khidmat laman sesawang, luahkan sahaja di sini untuk dapatkan quotation: Hubungi GT



2. Email Marketing
Ada dikalangan anda yang hadir di artikel ini adalah dari emel GT.
Betul?

Yes, platform emel amat berlainan dari media sosial.
''Malah lebih dekat dengan hati pembaca, seakan - akan Facebook Messenger dan WhatsApp kerana ianya lebih bersifat individual.''

Sekiranya anda memliki platform emel, GT amat pasti bahawa anda sudah memiliki sejumlah database pelanggan. Tahniah kepada anda!

Sekiranya belum, dan perlukan khidmat pengurusan database melalui emel, nyatakan hasrat anda kepada GT di sini: Hubungi GT



3. Telegram
Dan akhir sekali yang GT rasakan stabil untuk 2 3 tahun ini adalah Telegram.

Lebih kurang sama dengan WhatsApp namun amat jelas berbeza!
''Tahukan anda bahawa setiap dari Telegra group boleh diletakkan menu?Ya! Bayangkan seperti WhatsApp group, tetapi memiliki menu.''

Telegram Group juga boleh memuatkan lebih dari 254 orang ahli, lebih dari WhatsApp!
Channel, Super Group.
Terdapat banyak lagi kelebihan Telegram.
Best kan?


Ini amat2 teknikal. GT masih lagi dalam research.

---


Ingat 3 platform ini.
Dalam masa 3 tahun artikel ini diterbitkan, 3 platform masih lagi stabil.
Sekiranya anda yang membaca ini sudah lebih dari 5 tahun, klik sini untuk kemas kini kepada GT:
Hubungi GT


Ok!
Itu sahaja!
Klik sini untuk dapatkan 3 ebook percuma: Ebook Free
Klik sini untuk GT, guide anda one to one segala permasalahan pemasaran digital anda:
Business Rockstar


Sampai kita jumpa lagi.


Assalamualaikum.
Salam sejahtera!


Ikhlas,
GT - Guru Teddy,
Ultimate Success Companion,
www.successwithgt.com

Comments

Popular posts from this blog

Copywriting Warrior - Belajar, Buat, Berjaya Edition

Destinasi Penentu Perjalanan

Video Premiere Teaser eUsahawan