Skip to main content

Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat: Skim Kredit Mikro BSN



Oleh: GT
Tarikh Kemaskini Info: 16 April 2020.


Ketika blog ini ditulis, kami di Malaysia telah dilanda COVID19. Sekiranya anda membaca ketika selepas COVID19 melanda, maka pakej ransangan ini tidak sah dan hendaklah mengikut kepada pakej ransangan ekonomi semasa. 





Info terus kepada anda? Langgan emel PERCUMA kami!
Sila isikan alamat emel anda dan semak emel tersebut selepas pendaftaran.
  
Dengan mendaftar, anda bersetuju dengan Syarat Penggunaan successwithgt dan mengakui amalan data dalam Dasar Privasi kami.
Anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa





GT selaku trainer untuk Digital Marketing amat sarankan anda untuk ambil apa sahaja peluang yang diberikan kerajaan.

Ini adalah berkenaan berkadar langsung hidup mati perniagaan anda. Oleh itu anda WAJIB ambil cakna perkara ini.


Dengan menyahut, seruan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengalirkan mata wang kita ke tangan usahawan, GT seru kepada anda juga ambil peluang Skim Kredit Mikro BSN ini.


Kerana apa?
1. Pembayaran semula bermula selepas 6 bulan meminjam.

Betul, kita ada masa 6 bulan untuk stabilkan perniagaan, sekiranya mendapat dana pada April, pembayaran akan bermula November!

2. 5tahun pembayaran semula.

Penstrukturan adalah sepanjang 5 tahun pembayaran

3. Tiada faedah!
YA! Untuk pinjaman RM10,000 tiada faedah dikenakan!

4. Hanya untuk usahawan yang jualan tahunan tidak melebihi RM300,000 @ usahawan yang memiliki 4 orang pekerja yang digajikan.

5. Ianya diproses selama 6 hari bekerja.

Untuk pengesahan, anda boleh tonton video temu bual INSKEN bersama Encik Nor Azam Nor Rahmat (Ketua Seksyen Pusat Pembangunan Mikro Kewangan) ini:




DOKUMEN


Berikut adalah dokumen yang patut anda sediakan untuk memohon
1. Borang Permohonan yang boleh dimuatturun di:
mybsn.com.my
2. Sijil - sijil SSM untuk Semenanjung Malaysia dan surat dari Pihak Berkuasa Tempatan untuk Sabah & Sarawak. 

3. Salinan Kad Pengenalan Pengarah (Sdn, Bhd.) atau Pemiik Perniagaan (Enterprise)

4, Penyata Kewangan Bank selama 3 bulan:
a. akaun semasa - pastikan sama seperti SSM.
b. akaun simpanan - untukpeniaga @ usahawan yang tiada akaun semasa, pastikan nama akaun sama seperti Kad Pengenalan.




Info terus kepada anda? Langgan emel PERCUMA kami!
Sila isikan alamat emel anda dan semak emel tersebut selepas pendaftaran.
  
Dengan mendaftar, anda bersetuju dengan Syarat Penggunaan successwithgt dan mengakui amalan data dalam Dasar Privasi kami.
Anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa




PEGAWAI
Berikut adalah pegawai-pegawai yang boleh anda berurusan untuk Skim Mkro Kredit. (Klik pada gambar untuk muatturun)







Anda juga boleh memuat turun:
1. Soalan - Soalan Lazim Skim Mikro Kredit BSN di sini:




2. Borang Permohonan:

3. Langkah Langkah Permohonan Skim Mikro Kredit BSN:

Selamat Mencuba!

Share pada rakan-rakan ya!
Assalamualaikum!

Comments

Popular posts from this blog

eUsahawan: Pemangkin Pendapatan Digital

Apa itu Program eUsahawan? Program eUsahawan yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC, telah dilancarkan pada 23 November 2015 tahun lalu. Program eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk mema...

Program eUsahawan

Cara - Cara Mengeluarkan Wang iLestari di KWSP

Semasa blog ini ditulis, kami menghadapi COVID19 di Malaysia namun sekiranya anda hadir selepas #covid19, harap ianya dapat membantu. Memang GT hanya fokus untuk Digital Marketing atau Online Marketing , tapi GT tahu ramai dari alumni GT juga dari golongan pekerja yang sambilan berniaga.  Ada juga usahawan yang sudah mencarum di KWSP. Oleh itu, ini juga cara GT membantu. Kerajaan telah memperuntukan RM500juta untuk pengeluaran KWSP iLestari sebanyak RM500 di KWSP, setiap bulan sehingga Mac 2021, mengikut kepada simpanan di KWSP. Sebelum GT terangkan cara memohon, jom kita dengar kembali apa kata PM tentang perkara ini. Tidak mengapa, anda juga boleh sentiasa layari laman GT ini dan YouTube GT untuk semak kembali maklumat ini. Jom kita lihat syaratnya dahulu. Jadinya, 1. adakah anda layak? 2. adakah anda memiliki simpanan di KWSP? Sekiranya ya.. Tunggu apa lagi? Jom kita lihat cara-caranya!