Skip to main content

KUASAI 3 SENSOR UTAMA PELANGGAN &
GANDAKAN JUALAN BISNES ANDA



Dalam posting sebelum ini, GT ada kongsikan apakah 3 sensor utama yang ada pada pelanggan anda.

Kalau belum baca, sila klik pautan ini:

TEKNIK KESAN SENSOR PELANGGAN, TINGKATKAN JUALAN!


Bila dah kenal apa sensor-sensor pelanggan, lagi mudahlah nak gandakan jualan bisnes kita. Betul?

Baik, kita teruskan.

Sebelum kita kuasai, kita perlu kenali.
Jadi persoalannya kini, bagaimana anda nak kenal samada pelanggan yang anda berhadapan ini jenis:
1. Visual(Lihat)
2. Auditory(Dengar) atau,
3. Kinesthetic(Perasaan)


Check this out!
=========
3 Ciri Umum Pelanggan Visual (Lihat)
=========
* Melihat sesuatu perkara seperti gambar
* Menghafal sesuatu dengan cara mencipta gambaran visual dalam minda mereka
* Lebih suka mendapatkan ‘gambaran jelas’ daripada butiran terperinci
Tips: Kata kuncinya adalah berkaitan gambar, visual, bayangan.


=========
3 Ciri Umum Pelanggan Auditori (Dengar)
=========
* Mengingati apa yang mereka dengar, perkataan demi perkataan.
* Belajar dengan cara mendengar dan sering tidak mencatat nota.
* Bercakap dengan diri sendiri semasa bekerja atau ketika memberikan tumpuan (kita sering mendengar mereka mengeluarkan suara seperti ahh…,hmm…,ohh…,umm…)
Tips: Kata kuncinya adalah ingat, dengar, suara.


=========
3 Ciri Umum Pelanggan Kinestatik (Perasaan/Perbuatan)
=========
*Sering bercakap dengan perlahan dan lemah lembut.
*Cara belajar terbaik adalah dengan melakukannya sendiri.
*Memerlukan masa bagi merasai dan menerima maklumat baru.
Tips: Kata kuncinya adalah pergerakan, merasai, feel....



***
Haa.. kini anda akan lebih mudah membuat jualan dengan memahami kecenderungan pelanggan anda.
Dalam bahasa mudah, kalau seseorang tu suka kek, kita kena bagi kek. Kalau bagi bunga, dia mesti tak sukakan?
Haa lebih kurang macam tu la. Jadilah seperti apa yang pelanggan kita suka, insyaAllah mudah close sales dan letupkan jualan anda!


===



Bagaimana ilmu NLP ini boleh membantu dalam digital marketing, GT akan kongsikan dalan sesi coaching Marketing Rockstar & Industry Rockstar.

GT boleh bantu pasukan sales & marketing anda untuk terapkan NLP dalam hasil kerja mereka.

BTW GT juga sedang mencari syarikat untuk hasilkan sales juta2, macam yang GT buat pada 2018 dahulu.


Selamat beramal!
Assalamualaikum!


Ikhlas,
GT - Guru Teddy,
''Ultimate Success Companion''
Master Trainer eUsahawan
www,successwithgt.com

Comments

Popular posts from this blog

eUsahawan: Pemangkin Pendapatan Digital

Apa itu Program eUsahawan? Program eUsahawan yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC, telah dilancarkan pada 23 November 2015 tahun lalu. Program eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk mema...

Program eUsahawan

Cara - Cara Mengeluarkan Wang iLestari di KWSP

Semasa blog ini ditulis, kami menghadapi COVID19 di Malaysia namun sekiranya anda hadir selepas #covid19, harap ianya dapat membantu. Memang GT hanya fokus untuk Digital Marketing atau Online Marketing , tapi GT tahu ramai dari alumni GT juga dari golongan pekerja yang sambilan berniaga.  Ada juga usahawan yang sudah mencarum di KWSP. Oleh itu, ini juga cara GT membantu. Kerajaan telah memperuntukan RM500juta untuk pengeluaran KWSP iLestari sebanyak RM500 di KWSP, setiap bulan sehingga Mac 2021, mengikut kepada simpanan di KWSP. Sebelum GT terangkan cara memohon, jom kita dengar kembali apa kata PM tentang perkara ini. Tidak mengapa, anda juga boleh sentiasa layari laman GT ini dan YouTube GT untuk semak kembali maklumat ini. Jom kita lihat syaratnya dahulu. Jadinya, 1. adakah anda layak? 2. adakah anda memiliki simpanan di KWSP? Sekiranya ya.. Tunggu apa lagi? Jom kita lihat cara-caranya!