Skip to main content

eUsahawan: Pemangkin Pendapatan Digital




Apa itu Program eUsahawan?
Program eUsahawan yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC, telah dilancarkan pada 23 November 2015 tahun lalu. Program eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.
Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.
Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.



eUsahawan Desa
eUsahawan Desa merupakan program keusahawanan digital untuk usahawan mikro.
Program jangka pendek selama 2 hari dijalankan di institusi TVET dan pusat latihan yang terpilih di seluruh negara.
Klik sini untuk mendaftar!

Comments

Popular posts from this blog

Copywriting Warrior - Belajar, Buat, Berjaya Edition

Destinasi Penentu Perjalanan

Video Premiere Teaser eUsahawan